Tujuh bilion Dana Asing Keluar Sejak PH Jadi Kerajaan

EKONOMI negara sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berada dalam keadaan sangat baik. Namun perkara tersebut bertukar sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14. Tujuh bilion ringgit dana asing telah keluar dari pasaran negara kita. Perkara ini sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan ekonomi negara.

Para pelabur tidak percaya kepada pentadbiran PH yang carca marba. Mereka telah mengeluarkan wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan rekod yang paling lama sejak 2008.

Jumaat minggu lalu, mereka mengeluarkan RM225.2 juta manakala dari Isnin hingga Rabu mereka telah mengeluarkan RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.

Pada bulan Mei para pelabur mengeluarkan RM5.83 bilion. Oleh itu, jumlah keseluruhan setakat ini adalah RM6.997 bilion telah dikeluarkan para pelabur asing dari pasaran saham Malaysia sejak kemenangan PH.

Aliran keluar ini juga mengakibatkan kejatuhan rizab asing Bank Negara Malaysia yang menurun sebanyak ASD 1 bilion sejak PRU14.

Aliran keluar yang tidak menentu itu pasti akan menjejaskan ekonomi kita secara teruk.

Kini siapa yang para pengundi cuba selamatkan dalam PRU14? Adakah mereka selamatkan negara atau menjahanamkan negara? Fikir-fikirkan lah dengan waras bukannya emosi.

Tiba-tiba teringat kisah si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan.

my-tv.online

One thought on “Tujuh bilion Dana Asing Keluar Sejak PH Jadi Kerajaan

  • June 12, 2018 at 10:33 am
    Permalink

    Bila rakyat mengundi ikut perasaan dan otak letak kat lutut..inilah jadinya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.