Pemilihan PKR : Azmin Mendahului Rafizi

Azmin Ali memenangi pemilihan parti itu di Pulau Pinang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, mengatasi cabaran Rafizi Ramli di negeri kelahiran Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan undian di semua 13 Cabang negeri, Mohamed Azmin berjaya memenangi lapan sementara selebihnya memihak kepada Rafizi.

Mengikut kiraan undi secara terkumpul juga, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memperolehi 3,326 undi manakala Rafizi 3,150 dengan majoriti hanya 176 undi.

Cabang yang dimenangi oleh Mohamed Azmin ialah, Kepala Batas, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bayan Baru dan Bukit Mertajam.

Sementara Rafizi menang di Permatang Pauh, Bagan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor dan Balik Pulau.

Bagaimanapun dalam laman web parti itu hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din berkata, JPP hanya akan muktamadkan keputusan untuk cabang-cabang negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat bersama pihak pengaturcara, esok.

Tambahnya, antara perkara yang perlu diteliti ialah analisa teknikal sistem e-undi, pengesahan pengundi ragu dan pengesahan jumlah undi dalam sistem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.