Rosmah Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM

Spread the love

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini dipercayai bagi memberi keterangan mengenai kes SRC International Sdn. Bhd.

Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9.50 pagi.

Semalam, sumber memberitahu, Rosmah akan dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.

“Sama ada beliau akan ditahan atau tidak bergantung kepada keperluan,” kata sumber itu semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.