Najib Dan Rosmah Disoalsiasat Lagi

Spread the love

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dipanggil untuk memberi keteranagan oleh pihak berkuasa.Najib dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Menara KPJ di sini kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Sementara itu, Rosmah pula dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lima hari selepas disoal siasat selama 13 jam oleh suruhanjaya itu.

Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada pukul 10.42 pagi, beliau dilihat memakai baju kurung berwarna hijau muda serta berselendang dan terus memasuki ibu pejabat SPRM.

Barisan peguam Rosmah yang diketuai, Datuk K. Kumaraendran pula tiba lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi.

Menurut sumber, Rosmah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram.

Ini adalah kali ketiga Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan, kali terakhir Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan ialah pada 26 September lalu dan disoal siasat hampir 13 jam.

Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.