Liverpool tidak cukup bagus

GOL lewat Lorenzo Insigne meranapkan peluang Liverpool untuk membawa pulang bekalan selesa semasa aksi menentang Napoli pada saingan Liga Juara-Juara di Stadio San Paolo, awal pagi Khamis.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengakui anak buahnya tidak cukup bagus semasa tewas 0-1 kepada Napoli.

“Tiada percubaan berbahaya, saya tidak ingat bila kali terakhir ia berlaku.

“Saya fikir kami merupakan pasukan yang sempurna kerana boleh bermain dengan lebih bagus.

“Tiada percubaan berbahaya tidak mencukupi. Mereka mempunyai permainan yang bagus, tetapi kami tidak. Mereka layak mendapat tiga mata.

“Untuk alasan yang tepat saya tidak pasti 100 peratus. Sebahagian besar prestasi itu adalah kesalahan saya tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya satu malam untuk meneliti kesilapan itu,” kata Klopp.

Dalam perlawanan itu, Liverpool kehilangan khidmat Naby Keita yang mengalami kecederaan pada babak pertama.

Klopp tidak pasti tahap kecederaan yang dialami pemain yang baharu dibawa masuk ke Anfield pada musim panas lalu itu.

“Ia berkaitan bahagian belakang, itu apa yang saya dengar. Saya tidak pasti. Kita perlu tunggu,” katanya.

Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.