Tertuduh, Mohammad Firdaus Ismail, 29, mengangguk faham pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bahru di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8 malam, 19 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Kanun sama yang boleh membawa hukuman mati jika sabit bersalah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Biro Bantuan Guaman Kebangsaan, Edmund Anthony. – K! ONLINE