Jari budak tersepit di tombol pintu hospital

Spread the love

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan sakit lebih 30 minit apabila jari telunjuk kanannya tersepit di tombol pintu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 malam.

“Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh diketuai Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Jamaluddin Md Amin bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba berkenaan kemudian menggunakan peralatan khas bagi memotong dan mengumpil tombol pintu berkenaan.

Katanya, pihak bomba kemudian menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak perubatan di hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 11.57 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.