Mujahid ibarat seorang yang cetek ilmu

Spread the love

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, dia juga percaya tahap pembelajaran Mujahid rendah dan ia tidak sepatutnya berlaku pada seorang yang bertaraf Menteri.

“Kenyataan itu melambangkannya tidak belajar agama secara mendalam dan mengetahui banyak tentang hukum agama.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang. Saya dah berbincang hal ini dengan Mufti negeri (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) dan memintanya memberi kenyataan balas tentang isu ini,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Nassuruddin berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Mujahid bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti yang menyalahi ajaran Islam.

Hari ini, Mujahid menegaskan, kenyataannya disalah tafsir malah dia menjelaskan bahawa konsep nahi mungkar tidak hanya dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata sebaliknya, menekankan pendekatan dakwah dan pendidikan keluarga sebagai salah satu bentuk tindak balas hidup masyarakat.

Sementara itu, Mohamad Shukri sehingga petang ini masih gagal dihubungi untuk mendapatkan komen tentang isu itu.

Difahamkan beliau belum bersedia memberi kenyataan kerana baru pulang dari luar negara.

Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.