PETRONAS lantik ahli lembaga pengarah baharu

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah PETRONAS yang baharu berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Mereka adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Md Desa dan Pengarah Bahagian Makroekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Zakiah Jaafar.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan turut mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; rakan kongsi Price WaterhouseCoopers, sebagai ahli lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS menggantikan Datuk Manharlal Ratilal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.