Antara artis yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah Datuk M. Nasir, Datuk Hattan, Ito, Wany Hasrita dan Khalifah Band.

Yang turut hadir Presiden PKR yang juga calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, ketika berucap di atas pentas konsert tersebut Dr. Wan Azizah berkata, beliau berbangga dapat meluangkan masa bersama-sama orang ramai di Port Dickson bagi menonton konsert berkenaan.

“Alhamdulillah kita sama-sama akan saksikan PRK pada 13 Oktober ini. Kita harap boleh menobatkan Anwar Ibrahim yang sudah 11 tahun dalam penjara dan keluar penjara untuk jadi wakil rakyat Port Dickson,” katanya.

Anwar yang berucap selepas itu pula berkata, beliau berharap masyarakat di Port Dickson boleh menerima dirinya yang telah menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat Parlimen tersebut.

“Nama saya Anwar Ibrahim, saya telah tawar diri untuk jadi ahli keluarga Port Dickson, mudah- mudahan saudara saudari boleh terima.

“Hari Isnin malam nanti, insya-Allah buat pertama kalinya setelah 20 tahun saya dan Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berucap satu pentas di Port Dickson,” katanya. – UTUSAN ONLINE