Denda RM100 tunjuk ‘jari tengah’ pada polis

Spread the love

EKSEKUTIF jualan didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini kerana menunjuk isyarat lucah dengan jari tengah kepada seorang anggota polis, bulan lalu.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Derrick Johnson, 28, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Jika gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 hari.

Tertuduh didakwa menunjukkan jari tengah tangan kanannya kepada seorang anggota polis dengan niat mahu mengaibkan dan menghina anggota yang melakukan sekatan jalan raya.

Derrick didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail pada 9.50 malam, 16 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Stanley Gabriel.

Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.