Enjin rosak, paraglider maut

Spread the love

PARAGLIDER maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paraglidingnya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya, Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa bersama rakannya menjalankan aktiviti itu seperti biasa di dataran terbabit.

Katanya, bagaimanapun selepas kira-kira lima minit berada di udara, enjin paraglidingnya tiba-tiba mengalami masalah hingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai.

“Penduduk kampung yang melihat kejadian itu cuba membantu dan menemui mangsa hanyut kira-kira satu kilometer dari tempatnya dilihat terjatuh akibat dibawa arus sungai.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah ahli persatuan paraglider yang berdaftar dan mempunyai kelayakan serta mendapat kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) untuk melakukan aktiviti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, enjin paragliding itu akan dihantar ke agensi berkaitan untuk diperiksa bagi mengetahui masalahnya dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.