Polis sahkan pembantu Najib buat laporan polis

Spread the love

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten KomisionerS. Shanmugamoorthy Chinniah ketika dihubungi berkata, pembantu Najib membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang Jumaat.

Pada Khamis, Najib dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.