“Yang saya tahu main adalah ragbi” – Tun M

Spread the love

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat meminati sukan ragbi sejak dari bangku sekolah lagi.

Beliau berkata, sukan itu tidak memerlukan kecekapan tertentu, sebaliknya hanya kemahiran ketika bermain.

“Saya akui saya bukanlah bersukan sangat, tidak seperti apa yang saya nasihatkan. Sejak daripada sekolah lagi, tidak banyak sukan yang saya sertai.

“Yang saya tahu main adalah ragbi. Kenapa ragbi? Sebab ragbi tak perlukan kecekapan apa-apa pun. Tak pandai macam manalah, tak berapa cekap, cuma nak berkelahi sama-sama pasukan,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Sukan Negara di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata, kini beliau tidak lagi bermain ragbi.

“Sekarang ini tak bolehlah (main) ragbi..dah lemah..dah tua, tetapi jangan fikir sudah tua tidak boleh buat apa-apa pun,” katanya. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.