Kelibat hantu berkaki satu melompat di tepi jalan jadi bualan netizen.

Spread the love

SEBUAH rakaman menakutkan menunjukkan hantu berkaki satu menyerupai ‘Gong Goi’ daripada kisah mitos Thailand tersebar di media sosial.

Video itu menunjukkan ‘makhluk’ bersaiz kanak-kanak melompat di sebelah jalan di Thailand dan dapat dilihat setelah diterangi oleh lampu kereta.

Klip itu, yang asalnya dimuatkan ke Facebook oleh Chantha Sitouluk, ditonton hampir empat juta kali dan kebanyakan netizen yakin ‘hantu’ itu adalah Gong Goi.

Gong Goi adalah hantu mitos Thailand bersaiz kanak-kanak yang tinggal di hutan dan melompat, bukannya berjalan.

Namanya diperoleh kerana makhluk itu didakwa sering menjerit ‘Gong Goi, Gong Goi’ berulang kali.

Bagaimanapun, penjelasan yang munasabah adalah makhluk di dalam video tersebut ialah seseorang yang berpakaian seperti hantu. – Mirror UK

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.