Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih pendawaian elektrik di bahagian dalam siling bangunan itu.

“Lima jentera bersama 26 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Runtuhan siling berkeluasan 1,500 meter per segi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan ekoran kecederaan pada bahagian kepala dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Terdahulu, beberapa keping gambar yang memaparkan sebahagian struktur siling hotel itu runtuh, tular di laman sosial hari ini. – Bernama