Terkejut tengok betik 7kg

Spread the love

MARANG – “Saya mengidam hendak makan makanan kampung termasuk rojak betik. Tapi ini kali pertama saya lihat buah betik sebesar itu sepanjang hidup saya,” kata Janariah Jamaludin, 33.

Janariah sedang hamil dua bulan itu terkejut apabila mendapati buah betik ditanam ibu saudaranya, Maimun Muhamad mengeluarkan buah bersaiz luar biasa seberat lebih tujuh kilogram.

Menurutnya yang kini bekerja di Dengkil, Selangor, sebelum ini dia selalu melihat ahli keluarganya mengutip buah yang kebiasaannya hanya seberat sekitar satu hingga dua kilogram sahaja.

“Saya balik kampung (Tanjung Belur) ini kerana saya mengidam hendak makan masakan kampung termasuk rojak betik… Saya terkejut mendapati buah itu seberat lebih tujuh kilogram,” katanya, hari ini.

Janariah berkata, dengan hasil berkenaan, buah itu bukan sahaja dapat memenuhi keinginannya tetapi ahli keluarga lain yang ada turut dapat untuk menikmati rojak betik bersaiz luar biasa itu.

Malah katanya, biji buah berkenaan turut dijadikan benih bagi penanaman pokok seterusnya.

Menurutnya, selain keluarga terdekat, penduduk tinggal berhampiran yang melihat buah itu turut mengganggap ia ‘ajaib’ kerana buahnya empat kali lebih besar berbanding saiz biasa dilihat sebelum ini.

“Selepas mendapat tahu mengenai buah ini, ada juga penduduk yang datang untuk melihat sendiri saiz betik itu,” katanya.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.