Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa ditembak beberapa kali pada bahagian perut.

“Mangsa berusia 35 tahun telah ditembak pada bahagian perut oleh seorang suspek lelaki berkulit cerah yang memakai baju berwarna hitam dan putih.

“Kita juga percaya suspek telah melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan kepada mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini sebentar tadi.

Tambah Mohd. Zani, sejurus melepaskan tembakan, suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kereta berwarna putih.

Jelas beliau, setakat ini motif kejadian masih disiasat dan kita percaya terdapat beberapa suspek lain turut terlibat.

“Mangsa juga telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Tambahnya, kes disiasat di bawak Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – K! ONLINE