3 lelaki, 1 wanita dicekup bersama dadah


BATU PAHAT 17 Okt. – Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia serta seorang wanita tempatan dicekup polis bersama-sama 1,940 biji pil ekstasi dalam serbuan di Kampung Sungai Suloh, di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 11.45 pagi itu, kesemua mereka yang berusia antara 26 hingga 37 tahun ditahan di dalam sebuah rumah yang dijadikan transit sebelum kesemua dadah itu dihantar ke negara jiran.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, polis turut menemukan 10 biji pil eramin 5, 154 gram heroin dan 12 gram syabu.

“Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM60,000. Tiga suspek lelaki positif methamphetamine, manakala dua lelaki tempatan itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Azhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.