Jangan ketepikan peranan FAM dalam NFDP – Hamidin

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya mereka boleh mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) lebih baik andai diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini.

Bagaimanapun Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sebagai badan induk bola sepak tanah air, peranan mereka dalam program pembangunan bola sepak tidak boleh diketepikan.

“Saya ingin tegaskan di mana-mana di dunia, bola sepak adalah tanggung jawab persatuan bola sepak bukan tanggung jawab orang lain, FAM tak boleh ditinggalkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Sehingga kini hala tuju mengenai nasib NFDP masih belum diputuskan selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun negara (B-16) gagal mencapai sasaran layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Sebelum ini KBS menguruskan sendiri program itu sejak 2014 dengan melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Akademi dan jurulatih skuad B-16.
ADVERTISING

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.