Malu ganti menteri ganas, kasar – Saifuddin

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, sebaliknya berkata kerajaan ketika ini mempunyai kerangka baharu mengenai dasar luar yang digabungkan dengan kesinambungan daripada pentadbiran terdahulu.

Katanya, isu kononnya Malaysia cuba mengemukakan dasar baharu menerusi kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sebenarnya berpunca daripada kedangkalan memahami kandungan usul dan penguasaan bahasa Malaysia (BM).

“Jelas saya sebut bahawa ini perubahan dalam kesinambungan, bermaksud (dasar) yang (digunakan pentadbiran) dulu itu ada (sebagai dasar luar kerajaan ketika ini.

“Jadi saya harap, tidak timbul soal dasar luar baharu. Jangan bersifat ‘mempertahankan diri’ sangat, sebaliknya terima dengan berlapang dada dan minda yang terbuka.

“Duduk (dalam) dewan ini biar beradab sikit. Kalau tidak saya malu ganti Menteri Luar yang ganas dan kasar begini,” katanya ditujukan kepada Datuk Seri Anifah Aman (BEBAS-Kimanis), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul memutuskan supaya ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-71 (UNGA) di New York, pada 28 September lalu dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia baharu.

Terdahulu, Anifah ketika diberi peluang untuk berbahas menyifatkan pengenalan dasar luar Malaysia baharu disifatkan sekadar cubaan mencemuh imej negara diterajui pentadbiran terdahulu yang dikatakan mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ berhubung pelbagai isu dunia.
a man wearing a suit and tie: DATUK Saifuddin Abdullah – Foto ASYRAF HAMZAH© Provided by Media Prima DATUK Saifuddin Abdullah – Foto ASYRAF HAMZAH

Beliau yang menyelar tindakan itu berkata, rangkaian dasar digagaskan Malaysia baharu ketika ini sebenarnya sudah lama dilaksanakan untuk manfaat penduduk dunia sejagat.

“Yang baharu hanya menteri saja, dasar (luar) itu memang wujud, jangan cakap seolah-olah sebelum kerajaan ini (Pakatan Harapan) tiada dasar.

“Nasihat saya, ambil masa untuk perkasakan Wisma Putra kerana kakitangannya semua amat berkemampuan, termasuk dalam mengupas isu Palestin.

“Pada 2015, Malaysia mengemukakan Resolusi 2334 yang mengutuk penempatan haram oleh Israel di Baitulmaqdis, justeru usaha menerusi pentas dunia ini bukan dasar luar baharu.

“Sebelum berucap, belajar dulu. Balik kawasan, nak canang mengenai dasar luar Malaysia baharu atau dijual kepada budak sekolah mungkin boleh terima, tapi di sini (Parlimen), mantan Menteri Luar ada dalam dewan,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin menggambarkan dirinya sebagai individu yang ‘tidak suka berkelahi’, namun terpaksa tampil membela diri dan memberikan penjelasan selepas ‘dihentam’ oleh pelbagai tuduhan.

“Kita tidak mahu berlaku lagi keadaan seperti sebelum ini di mana Kementerian Luar ‘disisihkan’ walaupun beliau (Anifah) sendiri ketika itu tidak setuju dengan perkara berkenaan.

“Ada dua keputusan penting yang saya difahamkan dibuat sebelum ini tetapi Kementerian Luar tidak dirujuk, tapi jalan juga selepas mendapat arahan Menteri Tugas-Tugas…. anda sambung sendiri,” katanya mengundang persoalan dalam kalangan ahli dewan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.