Nabila, Sufian bercinta?

KUALA LUMPUR: Perkongsian gambar bersama oleh Nabila Razali dan Sufian Suhaimi di laman sosial masing-masing mencetuskan spekulasi kewujudan hubungan mesra antara dua penyanyi terbabit.

Lebih-lebih lagi apabila penyanyi Pematah Hati berkenaan memuat naik gambar dirinya dengan artis lelaki sensasi itu, ketika mereka menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31, berserta dengan petikan lagu popular nyanyian Sufian, Di Matamu.

Sufian pula berkongsi gambar mereka berdua pada acara sama dengan kapsyen ‘malu-malu kucing’, yang turut disertakan dengan foto haiwan comel terbabit.

Bagaimanapun, ketika dihubungi BH Online, Nabila dengan pantas menafikan tanggapan mereka berdua sedang dilamun cinta.

“Tiada apa-apa antara kami dan ia juga bukanlah dikongsi kerana saya ingin mempromosikan lagu atau sebagainya.

“Saya sekadar menyukai gambar yang dirakam secara ‘candid’ itu, yang sekali gus menampakkan busana digayakan pada malam ABPBH 31.
a man and woman posing for a photo: Gambar bersama yang dikongsi oleh Nabila Razali dan Sufian Suhaimi di laman sosial masing-masing, mencetuskan spekulasi wujud hubungan cinta antara dua penyanyi terbabit.© Provided by Media Prima Gambar bersama yang dikongsi oleh Nabila Razali dan Sufian Suhaimi di laman sosial masing-masing…

“Saya tidak menyangka Sufian turut memuat naik gambar kami bersama. Ia mungkin sekadar untuk berjenaka dan tidak lebih daripada itu. Semuanya adalah kebetulan semata-mata,” kata Nabila.

Pada malam kemuncak anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 7 Oktober lalu, kedua-duanya juga menghiburkan penonton dengan nyanyian masing-masing.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, penyanyi berusia 25 tahun itu bakal tampil dengan single terbaru berjudul Vroom Vroom, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Insya-Allah, single terbaru saya bakal dilancarkan pada Disember depan. Jadual kerja saya yang padat membuatkan perancangan untuk memperkenalkan lagu itu lebih awal kepada peminat tertangguh.

“Saya juga masih mengekalkan komposer sama untuk single terbabit kerana percaya Ezra dan Hael memahami kehendak muzik dan irama bersesuaian untuk saya,” kata Nabila.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.