Polis nasihat demonstrasi teksi di KLIA dan KLIA2 bersurai

SEPANG 17 Okt.- Lebih 200 pemandu teksi yang mengadakan demonstrasi di hadapan tempat meletak kereta jangka panjang (LTCP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini dinasihatkan bersurai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, beliau telah menasihatkan mereka agar untuk bersurai setelah pihak berkenaan mengadakan perhimpunan dari pukul 12 hingga 12.15 tengah hari ini.

“Saya ingin mengesahkan lebih kurang 200 pemandu teksi bergerak ke KLIA dan KLIA2 sambil membunyikan hon,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Demonstrasi itu diadakan bertujuan berhubung cadangan kerajaan untuk menggantikan bas-bas di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab.

Mereka sebelum itu berhimpun di hadapan Kementerian Kewangan pada pukul 9.30 pagi tadi bagi mengesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberikan maklum balas dalam tempoh 24 jam terhadap cadangan tersebut.

Cadangan itu dibangkitkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua dalam satu program baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.