Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata, terdapat banyak syarikat kereta Jerman yang berjaya dalam segmen kenderaan pemasangan tempatan yang dilengkapi banyak kandungan yang diperbuat dalam negara.

“Sekiranya syarikat automotif Jerman berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga ini, kita bersedia dan terbuka kepada cadangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertukaran memo­randum persefahaman mengenai kerjasama strategik Malaysia-Jerman serta pelancaran awal Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar, Wilayah Ekonomi Pantai Timur di sini semalam.