Itali saman Apple, Samsung

Spread the love

ROM 24 Okt. – Itali bertindak memfailkan saman terhadap syarikat Apple dan Samsung kerana ‘sengaja’ memperlahankan telefon pintar keluaran mereka.

Apple disaman sebanyak AS$11.5 juta (RM47.8 juta) manakala Samsung berjumlah AS$5.7 juta (RM23.7 juta).

Itali merupakan negara pertama yang memfailkan saman terhadap kedua-dua pengeluar telefon pintar berkenaan.

Apple dan Samsung sebelum ini menerima kritikan ramai pihak selepas didakwa sengaja memperlahankan telefon pintar selepas pengguna mengemaskini sistem operasi, sekali gus memaksa pengguna membeli telefon pintar baharu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.