Dalam tragedi pada pukul 8 pagi, mangsa seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepala, muka, badan dan kaki mempunyai kesan ditetak.

Ketua Polis Daerah Kinabata­ngan, A. Sahak Rahmat berkata, pihak polis bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian pembunuhan yang berlaku di rumah pekerja ladang kelapa sawit.

Menurut beliau, polis yang tiba menemui mayat mangsa di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mempunyai kesan kecede­raan di muka sebelah kiri, kepala dan bahagian belakang kepala.

“Pergelangan tangan kanan mangsa­ hampir putus manakala tiga jari kanannya putus. Cebisan jari wanita itu ditemui di dapur rumah,” kata beliau semalam.