‘Pendosa Ingin Ke Syurga’, ‘Dukun’ diangkat karya terbaik ASK 2018

KUALA LUMPUR: Drama Pendosa Ingin Ke Syurga terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Kasih Seorang Ayah (Mache Allstar United), Nisaa (Unit drama TV, RTM), Qalbu (Saphire Screen Sdn Bhd) dan Aku Nazmi (JS Pictures Sdn Bhd).

Pengarahnya Rashid Sibir turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama).

Nad Zainal dan Jay Izwazir pemenang trofi Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik (Drama) .

Selain itu, drama ini turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Wanita drama menerusi lakonan mantap Fauziah Nawi.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu menjadi milik Nur terbitan Radius One Sdn.Bhd.

Pelakon utamanya iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut merangkul kategori Pelakon Wanita dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Trofi Pelakon Terbaik Drama Wanita dan Lelaki (Drama) milik Syafiq Kyle dan Amyra Rosli menerusi lakonan mantap mereka menerusi Nur.

Bagi kategori filem pula, karya terbitan Astro Shaw Sdn Bhd berjudul Dukun pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik.

Filem ini turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem iaitu Dain Said dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Datin Seri Umie Aida.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menjadi milik Normah Damanhuri menerusi filem Pinjamkan Hatiku dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) dimenangi Namron menerusi filem Dukun.


Fauziah Nawi bersama trofi Pelakon Pembantu Wanita (Drama) menerusi lakonan mantapnya dalam Pendosa Ingin Ke Syurga. 

Shaheizy Sam pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) hasil lakonan mantap dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Edisi ke-22 ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendali malam anugerah sebaliknya diserikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson dan Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Pada acara itu juga turut menyaksikan persembahan daripada Datuk M. nasir, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha, Jaclyn Victor, Elvira, Alpha Movement, Altimet, Amelia Henderson, Raja Shahiran dan Shawn Lee.

Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik (Filem) milik Shaheizy Sam dan Datin Seri Umie Aida.

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2018:

1. Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga (Rashid Sibir / Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd)

2. Pengarah Terbaik Drama: Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movie Trading Sdn. Bhd)

3. Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi (Sofia J. Rhyland / JS Pictures Sdn. Bhd)

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi / JS Pictures Sdn. Bhd)

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali / Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi ( Pendosa Ingin Ke Syurga)

8. Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu: Nur (Radius One Sdn. Bhd)

9. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)

10. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)

11. Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn. Bhd)

12. Penyunting Drama Terbaik: Qalbu (Mohd Shahrul Amin)

13. Videografi Drama Terbaik: Nisaa (Nasarudin Ahmad / RTM)

14. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall (The Rock Productions Sdn. Bhd)

15. Rancangan Majalah Terbaik: 999 (Rempit Kesas Formasi / Hariss Farouk Alex & Wan Farid)

16. Rancangan Realiti Terbaik: Let’s Cycle Season 3 (Ep 6- Light Up Borneo / Rachel Tan Ai Leng)

17. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017 (Nurul Huda Khalid & Aida Azira Hussin)

18. Filem Terbaik: Dukun (Astro Shaw Sdn. Bhd)

19. Lakon Layar Terbaik: Dukun (Huzir Sulaiman / Astro Shaw Sdn. Bhd)

20. Pengarah Terbaik Filem: Dukun (Dain Said / Astro Shaw Sdn. Bhd)

21. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)

24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku

Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.