Wanita 106 tahun angkat sumpah jadi warga AS
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita dari El Salvador berusia 106 tahun, sah menjadi warga negara Amerika Syarikat (AS), ketika isu kontroversi membabitkan pendatang Amerika Tengah dibangkitkan menjelang pilihan raya separa penggal AS yang berlangsung semalam.
Maria Valles Bonilla ditemuramah ejen Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, yang memutuskan beliau memenuhi kesemua syarat untuk menjadi warga negara AS.
Bonilla berbangga dikelilingi cucu cicit dan sanak saudara ketika menghadiri upacara angkat sumpah di Washington, kelmarin.
Menjadi warga negara AS merupakan impian mendiang suaminya, dan beliau meneruskan usaha itu sebagai penghormatan terakhir buatnya.
Terdahulu, Presiden Donald Trump mengetuai kempen mensasarkan pendatang yang menuju ke AS dengan harapan mendapatkan suaka politik. – AFP