Adakah Syiah Jadi “Halal” Zaman PH ini?

RAMAI berpendapat kerajaan PH mengancam kesucian agama Islam. Kini PH menguatkan lagi pendapat tersebut apabila mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang dikuasai DAP bersuara mengenai Syiah.

Menurut beliau, fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sedangkan kita tahu betapa bahaya ajaran Syiah dalam masyarakat dan negara.

Mufti DAP itu berkata ia boleh dilakukan kononnya selepas mengambil kira amalan penganutnya yang dilihat masih berada dalam lingkaran ajaran Islam, selain fahaman ASWJ tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

Bagaimanapun, katanya, fahaman Syiah perlu diamalkan secara tertutup kerana berbeza dengan fahaman ASWJ, selain dikhuatiri akan mengundang kecelaruan, sekali gus menyebabkan perpecahan lebih parah dalam kalangan umat Islam.

“Kita boleh semak semula dan mengiktiraf Syiah, walaupun ada beberapa kumpulan tertentu dalam mazhab ini dianggap terkeluar daripada Islam. Ia perlu dibuat berdasarkan hujah tekstual (al-Quran dan hadis sahih) serta rasional.

“Kita tak boleh memutuskan hukum berdasarkan kehendak sendiri, ia mesti dibuat mengikut dalil dan hujah. Selagi Syiah masih percaya kepada rukun Iman, maka mereka masih Islam dan perdebatan berkaitan elemen fiqah pula dibuat berdasarkan imam mereka.

“Lihat kerajaan Arab Saudi membenarkan Syiah di Iran dan Syria mengerjakan ibadah haji. Ia bererti mereka (Syiah) masih diiktiraf sebagai Islam dan bersaudara, walaupun terdapat perbezaan amalan serta perundangan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan beberapa pihak membatalkan fatwa berhubung penetapan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam, yang diwartakan pada tahun 1996.

Wan Salim turut mengakui semakan semula itu akan mengundang ketegangan dalam kalangan umat Islam di negara ini dengan ia perlu diatasi melalui siri penjelasan yang berkesan.

“Semua pihak perlu mainkan peranan mereka. Kita faham perkara ini akan wujudkan ketegangan kerana nak harapkan setiap umat Islam setuju dengan semua perkara itu memang mustahil.

“Bagaimanapun, semakan semula ini bertujuan untuk mengelak daripada memberi peluang kepada musuh mengadu-domba dan mengeksplotasi titik perbezaan umat Islam. Syiah boleh diiktiraf, tetapi bukan untuk diamalkan secara meluas,” katanya.

Kenyataan Mufti negeri DAP itu dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam. Malaysia perlu berubah agar agama Islam dan orang Melayu sebagai tuan Tanah Melayu terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.