“Cukup-cukuplah Bagi Alasan Hutang Negara”

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran tidak menggunakan alasan hutang negara sebagai penyebab gagal menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Wakil Perwakilan PKR Kedah, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ini berikutan alasan tersebut mengakibatkan masyarakat terutama di kampung terasa behan dengan kehidupan mereka kini.

“Menteri tidak apalah, tetapi kita yang berhadapan dengan orang kampung hendak jawab apa.

” Justeru, kami merayu supaya pemimpin jagalah janji, kalau tidak boleh bagi 10, tujuh atau enam (laksanakan) supaya dapat disampaikan kepada masyarakat.

“Ingatlah, tangan mereka yang menyokong dan mengangkat kita sehingga ke tahap ini,” katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.