Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, letupan di pusat beli-belah itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.

“Pihak bomba menerima panggil kecemasan pada pukul 3.37 petang sebelum 13 jentera dengan kekuatan 39 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 16 mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan manakala dua lagi masih terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE