Wanita maut, suami parah ditikam

Spread the love

RAWANG – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah setelah ditikam dalam satu kejadian di sekitar kawasan sebuah pasar di Batu 16 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Yap Choon Mooi, 41, maut setelah ditikam dengan menggunakan pisau di bahagian dadanya oleh seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan jiran mereka di Jalan Tengah, Kampung Sungai Terentang di sini.

“Suami mangsa, Chong Yoke Wa, 61, pula mengalami kecederaan di bahagian perut dan mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Selayang.

“Mayat mangsa telah dibawa ke hospital yang sama untuk tujuan dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasangan tersebut sempat mendapatkan rawatan di sebuah klinik berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang di sini.

Samsor menambah, pihak polis telah menahan jiran mereka yang berusia 49 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Sehingga masa kini, motif kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.