Mak nyah Sabahan mati dibelasah tujuh lelaki 

KLANG – Seorang lelaki dipercayai mak nyah mati dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul selepas ditemui terbaring di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi di sini semalam.

Mangsa berusia 32 tahun berasal dari Sabah itu disahkan meninggal dunia pukul 10.47 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas menerima rawatan hampir 27 jam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penemuan mangsa itu dilakukan oleh seorang pengawal keselamatan hotel tersebut selepas terbaring di hadapan hotel berkenaan di Bukit Tinggi di sini pukul 7 pagi semalam.

Katanya, mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke HTAR dengan bantuan ambulans sebelum dirawat di bahagian kecemasan hospital tersebut.

“Berdasarkan kecederaan awal dialami mangsa mendapati parah di bahagian kepala dan bengkak di beberapa tubuh badan serta patah tapak tangan kiri disyaki dipukul sekumpulan lelaki dipercayai di antara lima hingga tujuh orang.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya pukul 10.47 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan senjata tumpul. 

Jelas Shamsul, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.