Raja Ilya dedah wajah suami selepas tiga hari berkahwin

PELAKON Raja Ilya meluahkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya dengan warganegara Australia pada 23 Disember lalu berjalan lancar.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, berkata dia berharap semua peminat mendoakan jodoh mereka kekal selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Khamis.

Raja Ilya selamat bergelar isteri.

Pelakon drama Gerak Khas ini sah bergelar isteri kepada pemuda dikenali sebagai TWG atau Trent yang berusia 37 tahun. 

Menurut Raja Ilya, majlis pernikahan itu telah diadakan di kediaman  saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu dia masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan hadapan.

Raja Ilya dan suami kini sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

Katanya, jika ada rezeki dia tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang merupakan ahli perniagaan.

Menerusi laman Instagram miliknya pada khamis, Raja Ilya turut berkongsi beberapa foto perkahwinannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Raja Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu.Difahamkan, pasangan itu sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.