Drama online terhebat

Spread the love

New Delhi: Seorang pakar bedah terkenal di Gorakhpur, India dipercayai membunuh bekas isterinya dan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mengemas kini akaun media sosial mangsa selama tujuh bulan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pokhra, Nepal selepas suspek, Dr Dharmendra Pratap Singh dipercayai menolak mangsa, Rakhi Srivastava jatuh dari tebing selepas diberi minuman bercampur ubat bius.

Times Now News melaporkan, polis pada mulanya menahan suami kedua mangsa, Manish Sinha untuk disoal siasat selepas keluarga Rakhi membuat laporan kehilangan wanita itu pada Jun lalu.

Bagaimanapun, soal siasat yang dijalankan pasukan unit khas polis Uttar Oradesh membawa kepada penahanan suspek bersama dua lagi rakannya, Pramod Kumar Singh dan Deshdeepak Nishad sekali gus berjaya menyelesaikan kes terbabit.

Menurut jurucakap polis, Amitabh Yash, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di Daudpur, Gorakhpur pada Jumaat lalu.

ADVERTISING

Times of India melaporkan, abang Rakhi, Amar Prakash Srivastav membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa pada 24 Jun.

Siasatan polis mendapati mangsa ke Nepal bersama Manish pada 1 Jun tetapi tidak pulang ke rumah.

Polis kemudian mengesan rekod panggilan telefonnya yang mendapati Dharmendra turut berada di negara itu sekali gus menjadikannya sebagai suspek kes berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pasukan unit khas terbabit yang ke lokasi kejadian di Nepal berjaya menemui mayat wanita yang dikenal pasti sebagai Rakhi.

Amitabh berkata, Dharmendra menjadi suspek utama dan dia membuat pengakuan melakukan jenayah terbabit kerana tidak tahan dengan mangsa yang sering mengugut wang dan harta bendanya.

Selepas Manish pulang ke India, dia bertemu Rakhi di Pokhra dan membawanya keluar termasuk memberi mangsa minuman yang dicampur dengan ubat bius sebelum menolaknya dari tebing.

Dia mengemas kini akaun media sosial pada telefon bimbit mangsa sebelum peranti itu berjaya dikesan di Guwahati pada 4 Oktober lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.