Zaaim juara Mentor 7

SHAH ALAM – Protege kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Zaaim dijulang sebagai juara program realiti Mentor 7 pada konsert akhir yang berlangsung sebentar tadi. 

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pemilik nama sebenar Zaaim Abdullah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000, sebuah kereta bernilai RM70,000 beserta trofi.

Naib juara dimenangi oleh protege Aizat iaitu Pasya, 24, turut membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik protege Hafiz iaitu Azmirul manakala protege Datuk Syafinaz iaitu Ranisha terpaksa berpuas hati di tempat keempat. 

Pada konsert akhir tersebut, Zaim cemerlang membawakan dua lagu tugasan itu Gemuruh (duet bersama penyanyi undangan Lan Solo) dan lagu solo, Bukan Rayuan Gombal. 

Konsert akhir Mentor itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi jemputan, Ella yang mendendangkan lagu Peace Love Rindu dan Pedih. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.