Wanita Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel

Spread the love

SERDANG – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel di rumah sewanya di tingkat 5, Blok B, Pangsapuri Taman Universiti Indah, Seri Kembangan di sini hari ini.

Mangsa, Jamilah Mat Shaari,33, (gambar kecil) ditemui adik iparnya pada pukul 5 petang sebaik pulang dari tempat kerja.

Difahamkan, mangsa yang sudah menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu itu bekerja sebagai pembantu rumah sambilan.

Menurut adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34 tahun, berdasarkan keadaan mangsa dia percaya kakak iparnya itu disamun sebelum dibunuh.

“Keadaan rumah berselerak malah barang berharga miliknya juga tiada bersama,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online dilokasi kejadian.

Hasil tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati pihak polis masih menjalankan siasatan di rumah mangsa. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.