Pengarah Bohemian Rhapsody sangkal dakwaan salah laku seksual

LOS ANGELES: Pengarah filem ‘Bohemian Rhapsody’, Bryan Singer, semalam menyangkal artikel memperincikan dakwaan salah laku seksual, sebahagiannya membabitkan remaja lelaki, menyifatkan ia sebagai sebahagian usaha menjejaskan imej golongan homoseksual.

Majalah The Atlantik, kelmarin menyiarkan keterangan empat saksi baru, dua daripadanya berkata Singer melakukan hubungan seks dengan mereka ketika masih bawah umur, dalam artikel yang juga menceritakan dakwaan sama selama beberapa tahun.

Namun Singer, 53, yang juga mengarah beberapa filem popular seperti siri ‘X-Men’ dan ‘Superman Returns’, berkata artikel itu dikeluarkan untuk mengambil kesempatan di atas kejayaan ‘Bohemian Rhapsody’, yang dicalonkan untuk lima Oscar, termasuk Filem Terbaik.

“Bukan mengejutkan, dengan Bohemian Rhapsody dicalonkan untuk Oscar, cubaan menjejaskan imej homoseksual ini tepat pada masa untuk mengambil peluang di atas kejayaannya.

“Kali terakhir saya keluarkan kenyataan mengenai subjek ini, majalah Esquire bersiap sedia menerbitkan artikel ditulis wartawan antihomoseksual yang obses dengan saya pada 1997,” kata Singer dalam kenyataan menerusi peguamnya semalam, tanpa memperkenalkan wartawan berkenaan.

Penulis artikel itu, wartawan Esquire, Alex French dan Maximillian Potter, berkata mereka mengambil masa setahun menyiasat saman dan dakwaan terhadap Singer dan menemubual lebih 50 sumber.

Seorang sumber mendakwa Singer melakukan hubungan seks dengannya pada 2007, ketika beliau berusia 17 tahun. — AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.