Cerita Haniza Talha, Kak Zu & Seorang Ratu

Ternyata, kemelut dalam Pakatan Harapan yang semakin meruncing diburukkan lagi dengan lemahnya kepimpinan baharu parti komponen PH yang selepas PRU14 yang lepas dilihat hilang taringnya.

Jika dahulu mereka sedia untuk turun ke jalanan memperjuangkan hak rakyat, kini telah selesa di kerusi-kerusi empuk di pejabat menteri, exco dan segala macam lantikan politik yang lain.

Yang kita lihat adalah kegagalan demi kegagalan kerajaan Pakatan Harapan yang semakin lama membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Malaysia Baharu ini.

Sungguhpun begitu, saya melihat keadaan paling teruk terkesan adalah Wanita Keadilan, satu sayap yang sebelum ini garang menyinga memikul usaha untuk menaikkan martabat wanita di Malaysia.

Semasa zaman Zuraida Kamaruddin, wanita Keadilan antara yang paling ditakuti oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kini tak ubah seperti harimau yang hilang taring, apabila sayap wanita parti reformasi itu kelihatan semakin lama semakin malap, ditelan oleh cara pengurusan yang amat lemah.

Haniza Talha, seorang pemimpin yang sering dilihat sebagai bayangan Zuraida Kamaruddin sering melakukan kesilapan demi kesilapan yang nyata.

Antaranya apabila beliau menganaktirikan kepimpinan dan tokoh-tokoh wanita dari kalangan bukan kem beliau dalam jawatan lantikan sayap tersebut.

Yang paling lucu adalah, apabila Haniza Talha melantik seorang bekas Wanita UMNO untuk menjawat jawatan tertinggi sayap parti.

Tidak perlu saya sebutkan siapa yang telah dilantik, rakan-rakan di dalam PKR cukup kenal dengan karaktor berbadan besar ini yang telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Sayap Wanita PKR.

Apakah tiada calon lain yang wajar diangkat sebagai Ketua Penerangan, sehingga terpaksa mengambil seorang manusia yang lebih banyak merosakkan parti daripada mempertahankannya.

Karaktor ini juga telah merancana smear kempen pada masa dahulu yang menyebabkan nama Mantan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dikaitkan dengan jolokkan Mak Lampir sehingga sekarang.

Mungkin kita boleh katakan itu dahulu, tetapi kini langkah si karaktor berbadan besar ini lebih licik, beliau dikhabarkan sering memperkenalkan diri sebagai manusia yang paling rapat dengan Zuraida (Menteri Perumahan) & Haniza (Exco Perumahan Selangor) untuk menarik perhatian kontraktor-kontraktor tertentu untuk mendekati beliau. Betul atau tidak?

Pernah dalam satu mesyuarat wanita PKR yang diadakan baru-baru ini di sebuah lokasi di Petaling Jaya, saya sendiri terdengar perbualan yang keluar dari mulut karaktor berbadan besar ini kepada seorang pemimpin PKR yang kononnya Zuraida atau dikenali sebagai Kak Zu merayu-rayu agar suami karaktor ini ditempatkan di kementerian beliau untuk membantu Zuraida. Adakah ini benar Kak Zu? Apa jasa suami si badan besar itu jika nak dibandingkan dengan kami wanita Keadilan ini.

Jika benar perkara ini, apa yang Kak Zu lakukan adalah lebih khianat daripada apa yang Kak Zu tulis di dalam Utusan Malaysia dahulu. Orang yang menghina PKR diangkat, kami yang bergelumang dalam parti dari tahun 1998 ini dibiarkan tanpa bantuan.

Itu belum lagi dibuka cerita bagaimana di Melaka si karaktor berbadan besar dengan jelas mengingkari arahan dan strategi Team Azmin dengan menggunakan cai yang berbeza daripada yang telah ditetapkan.

Kak Zu dan Haniza perlu sedar, kami di dalam wanita PKR sudah lama bersabar. Kami percaya dengan kebolehan Kak Zu dan Haniza, tapi buktinya masih belum ada.

Kalau begini caranya Wanita Keadilan, memang jahanamlah.

Berubahlah sebelum semuanya musnah. Kisah ini akan bersambung lagi…….

Ikhlas Dari

Bukan Wanita R20T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.