Fitnah Ke Atas KWSP Dan PNB Dahulu Terus Lenyap Begitu Sahaja. – Najib Razak

Terlalu banyak fitnah telah dihasil dan disebar PH dan rakan-rakan sekutu mereka sebelum PRU14.

Kini, ramai sudah tersedar bahawa Sarawak Report (SR) adalah sekutu PH yang tegar.

Antara fitnah yang mereka sebarkan ialah pada Januari 2018 sebelum PRU14 di mana kerajaan dituduh telah menggunakan PNB dan KWSP untuk bail-out projek mega Battersea di London.

Pada akhir Disember 2018 selepas PRU14, pihak PNB dan KWSP di bawah kerajaan PH sendiri telah mengesahkan tiada unsur bail-out untuk projek ini.

“PNB, EPF dismiss ‘bailout’ concerns in RM8.3b Battersea Power Station deal, says report.”
https://www.edgeprop.my/content/1456517/pnb-epf-dismiss-bailout-concerns-rm83b-battersea-power-station-deal-says-report

Projek ini menguntungkan mereka dan keuntungan mereka adalah terjamin, kata PNB dan KWSP.

Projek amat berjaya sehingga keseluruhan bangunan itu telah disewa keluar termasuk kepada Apple sebagai ibupejabat mereka di United Kingdom, kata PNB dan KWSP.

Seperti yang saya pernah jelaskan, projek Battersea diiktiraf sebagai antara projek terbaik di negara England dan akan menjana puluhan bilion Ringgit untuk KWSP dan PNB.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155795669090952

Sejak projek bermula pada tahun 2012, projek ini sudah banyak menyumbang keuntungan kepada PNB dan KWSP.

Sangat ironi bahawa projek Battersea ini di bawah kerajaan BN telah membawa begitu banyak keuntungan untuk pencarum PNB dan KWSP termasuk untuk dividen tahun 2018 telah digunakan untuk memfitnah kerajaan BN dan saya.

Semasa saya menjadi PM, aset PNB berganda dari RM120 bilion pada akhir 2008 kepada RM280 bilion.

Aset KWSP pula berganda dari RM341 bilion pada akhir 2008 kepada RM814 bilion.

Semasa saya PM, saya sentiasa memberi peluang untuk PNB dan KWSP untuk memperkayakan kroni saya, iaitu rakyat.

Saya difitnah kerana meningkatkan aset dan keuntungan untuk pencarum KWSP. Ketika itu bersorak mereka melaung fitnah dan disambut pula sorakan penyokong.

Adalah sangat ironi, bahawa dividen-dividen PNB dan KWSP semasa saya adalah antara kadar tertinggi untuk 20 tahun yang lepas tetapi PNB dan KWSP pula sering digunakan sebagai bahan untuk memfitnah saya.

Dan fitnah itu ditelan bulat bulat dan disebar seluas luasnya oleh penyokong PH.

Selepas PRU14 sehingga kini, tidak ada satu tuduhan atau dakwaan dari PH yang menuduh bahawa satu sen wang PNB atau KWSP telah disalahgunakan atau disonglap oleh saya atau kerajaan BN.

Berpuluh-puluh tuduhan ke atas KWSP dan PNB dahulu terus lenyap begitu sahaja.

FitnahSudahMenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.