Macam Mana “Penyamun” Boleh Negotiate Untuk Malaysia?

Spread the love

Tindakan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad menghantar sekutu kanannya, Tun Daim Zainuddin ke China untuk merunding kembali projek ECRL yang diluluskan pentadbiran BN sebelumnya, menimbullkan kegelisahan banyak pihak dalam negara ini.

Bukan rahsia, Daim adalah individu yang dikaitkan dengan hampir segala macam masalah dan skandal berkaitan kewangan di negara ini pada era pemerintahan Perdana Menteri ke-4 dulu.

Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei 2013 pernah berkata yang beliau tidak ada masalah untuk memaafkan Dr. Mahathir tapi tidak Daim.

Kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan ulasan Anwar mengenai perlantikan Daim ke dalam Council of Eminent Person (ECP) pada 17 May 2018 – seminggu selepas pentadbiran bertukar tangan, dimana Anwar berkata antara lain, “Daim can contribute but must be mindful of past scandal”.

Skandal lagi. Semua ini penting sebab kenyataan ini dibuat oleh Anwar dan Anwar telah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri bagi menggantikan Dr. Mahathir kurang setahun dari sekarang dan beliau jelas “tidak senang” dengan Daim.

Apakah nanti setelah menjadi Perdana Menteri, beliau akan mengikut semua keputusan yang diambil oleh Daim dalam isu ECRL ini atau macam mana?

Dan kalau perkara yang bertentangan berlaku, apa pulak kesannya kepada hubungan negara kita dengan China?

Itu perbincangan di masa yang lain lah.

Yang penting sekarang, setakat ini, hasil dari “rundingan semula” projek ECRL yang diketuai Daim ini hanya telah meningkatkan kos pembinaannya – dari RM 55 billion kepada RM 81 billion. Bukan itu sahaja, banyak juga kenyataan bercanggah sesama dalam kerajaan sendiri mengenai status sebenar projek tersebut, nak diteruskan atau dibatalkan.

Daim mungkin tak terlibat dengan percanggahan kenyataan ini, tapi sebagai orang yang terlibat secara terus, beliau harus memberikan ulasannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Takde pun.

Sekalipun jika Dr. Mahathir tidak percayakan orang lain, kenapa tidak memilih Tan Sri Robert Kuok yang sedia mempunyai empayar perniagaan di Hong Kong yang juga sebahagian dari wilayah China? Bukankah pada ketika awal mengambil alih pemerintahan negara dulu, nama Robert Kuok pernah disebut sebagai orang yang akan bertanggungjawab dalam perkara tersebut?

Apa sudah jadi dengan semua rancangan itu hingga akhirnya, Daim juga balik.

One thought on “Macam Mana “Penyamun” Boleh Negotiate Untuk Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.