Beliau berkata, projek yang digembar-gemburkan itu adalah tidak masuk akal.

“Tiada apa-apa projek dan itu nonsense (tidak masuk akal).

“Dia (setiausaha politik) masih lagi bekerja sejak hari pertama keluar daripada tempoh remannya,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kilang susu Goodday di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada sebarang tindakan dikenakan kementeriannya terhadap setiausaha politiknya yang berusia 47 tahun itu dengan beliau sendiri tiada masalah sepanjang lelaki itu menjalankan tugasnya semula.

Ujar Salahuddin, penyiasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini telah selesai dan menyerahkan undang-undang bagi menentukannya.

“Kalau dia kena dakwa, biar undang-undang tentukan (sama ada dakwaan itu betul atau salah),” katanya.

Kosmo sebelum ini melaporkan setiausaha politik kepada Salahuddin dibebaskan 4 April lalu selepas direman selama empat hari oleh SPRM selepas disyaki menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000 tahun lalu.

Reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dilakukan susulan dakwaan pemberian jam itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan. – K! ONLINE