Perompak ditembak mati selepas rompak RM46.2 juta daripada penumpang kapal terbang

Spread the love

Seorang perompak ditembak mati berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Mother Teresa Rinasi, Albania di sini tengah hari semalam ketika cuba melarikan diri selepas mencuri 10 juta Euro (RM46.2 juta) daripada seorang penumpang sebuah pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas.

Mail Online yang memetik Albania Daily dalam laporannya berkata, menurut jurucakap polis lelaki itu ditembak mati kira-kira 800 meter dari kawasan lapangan terbang berhampiran bandar Tirana di sini.

Pun begitu, beliau tidak mendedahkan jumlah rompakan bagaimanapun seorang sumber polis mendakwa kumpulan perompak itu melarikan 10 juta Euro (RM46.2 juta).

Pesawat Austrian Airlines itu dilihat dikepung kira-kira 500 anggota polis dan pegawai unit khas.

Berdasarkan maklumat awal, kumpulan perompak yang dianggotai empat orang itu melarikan diri menaiki sebuah kereta tertulis ‘pejabat cukai’ sebelum salah seorang daripada mereka ditembak mati. -AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.