Harga saham TNB menjunam, permodalan pasaran susut RM2.5 bilion

Spread the love

Harga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 44 sen atau 3.5 peratus kepada RM12.44 sesaham tengah hari ini, paras terendah sejak Oktober 2015.

Peniaga berkata, penurunan ketara itu adalah berikutan langkah antara pemegangan saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd menjual sejumlah 85 juta unit sahamnya dalam syarikat utiliti berkenaan.

Berdasarkan syarat urus niaga yang diperoleh Bloomberg, Khazanah menjualnya pada harga RM12.33 sesaham.

Penurunan harian harga saham TNB sebanyak 44 sen itu menyaksikan juga penyusutan permodalan pasaran syarikat berkenaan sebanyak RM2.5 bilion.

Penanda aras pasaran saham, FBM KLCI susut 11.35 mata atau 0.69 peratus kepada 1,628.11 mata. Jumlah dagangan pula adalah pada 2.42 bilion unit bernilai RM1.1 bilion.

Khazanah adalah pemegang saham terbesar TNB dengan jumlah 28.76 peratus atau 1.635 bilion saham, diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 14.05 peratus. Sementara itu Skim Amanah Saham Bumiputera memiliki 9.10 peratus dan KWAP 5.45 peratus.

BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.