Kebakaran di Danok: 15 rakyat Malaysia cedera

Spread the love

SADAO, Thailand: Seramai 15 rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran sebuah hotel di Danok di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi (7 pagi waktu Thailand) itu, kesemua rakyat Malaysia berkenaan dikatakan sedang tidur sebelum api mula merebak di tingkat bawah hotel.

Pihak pengurusan hotel dikatakan sempat mengarahkan semua pelanggan hotel keluar dari bangunan, namun terdapat beberapa penghuni terperangkap pada tingkat atas.

SEBUAH hotel di Danok, Bukit Kayu Hitam terbakar. Dipercayai seramai 15 mangsa rakyat Malaysia terbabit. – Foto IHSAN PEMBACA.

Berikutan itu, beberapa penghuni dilaporkan terpaksa terjun dari tingkat atas hotel menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar, berkata seramai 15 rakyat Malaysia terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Daripada jumlah itu, lapan sudah dibenarkan keluar, sementara tujuh lagi masih menerima rawatan.

BHarian

“Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia dilaporkan susulan insiden kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, rakyat Malaysia yang masih dirawat mengalami sesak nafas dan cedera ketika terjun dari bangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.