#PRKRantau : ‘Labuan-Rantau-Labuan’

Spread the love

RANTAU: “Tanggungjawab lebih penting daripada harga tiket kapal terbang.”

Noraznem Mhd Nor, 32, menyifatkan RM400 yang dihabiskan bagi membeli tiket penerbangan dari Labuan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai pengorbanan demi negara.

“Mengundi ini tanggungjawab, maka saya tidak kisah berhabis RM400 untuk kos tiket penerbangan semata-mata untuk pulang mengundi hari ini,” katanya.

Model sambilan yang menetap di Labuan itu tiba di Rantau jam 12.30 tengah malam tadi untuk mengundi pagi ini sebelum pulang semula ke Labuan menerusi penerbangan jam 5.30 petang ini.

“Memang saya balik semata-mata untuk mengundi hari ini, bukannya pulang ke kampung.

“Ia pilihan masing-masing dan saya memilih untuk menunaikan tanggungjawab ini.

“Suami tidak dapat ikut kerana ada tugasan luar,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.