Kemenangan BN di Rantau adalah kemenangan rakyat.

Spread the love

*KENYATAAN MEDIA*

1. Kemenangan BN dalam PRK Rantau adalah kemenangan rakyat dan merupakan kemenangan berganda kerana ia bukan saja bukti rakyat kembali sekali lagi kepada BN tetapi signal PH semakin tidak diterima.

2. Kemenangan hat-trick ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 4,510 undi adalah bukti rakyat menolak kepimpinan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim dan PH umumnya.

3. Kemenangan ini juga bukti rakyat menghargai jasa dan bakti yang telah dilaksanakan oleh Tok Mat di Rantau, menghargai apa jasa BN dan UMNO serta komponen kepada rakyat, dan lebih penting berjaya meletakkan Ketua Pembangkang yang “credible” dan kuat di DUN Negeri Sembilan.

4. Tahniah kepada semua jentera UMNO, rakan-rakan Komponen BN, MCA, MIC, PAS, KIMMA, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN, dan disemua peringkat yang bekerja keras. Dan terima kasih kepada pengundi DUN Rantau kerana memberi sokongan kepada Tok Mat.

5. Paling utama kemenangan ini membuktikan kesepakatan antara UMNO rakan-rakan Komponen BN, MCA, MIC, PAS, KIMMA, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN, adalah kerjasama terbaik untuk rakyat Malaysia.

*YB Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah*
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
13 April 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.