Tunjuk isyarat lucah, Nurridzuan mohon maaf

Spread the love

Kesal kerana menunjukkan isyarat lucah, pemain Selangor, Nurridzuan Abu Hassan meminta maaf kepada penyokong Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Nurridzuan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan mengambil pengajaran daripada insiden tersebut malah bersedia untuk menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Saya mula sedar setelah keluar padang kerana saya sudah membebankan Selangor apabila terpaksa dengan 10 pemain dan lagi satu rasa bersalah terhadap penyokong Perak.

“Saya tidak patut melayan provokasi penyokong dan terus berjalan ke bilik persalinan. Saya memohon maaf dengan apa yang sudah terjadi,” katanya kepada pemberita.

Pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Perak ketika dia sedang berjalan keluar padang setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-57. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.