Analisa Ringkas PRK Rantau: Menang – BN, Kalah – PH, Gagal – PPBM

Spread the love

DAP, PKR dan Amanah sudah boleh melihat semula fungsi adik bongsu (tapi berkepala besar) mereka dalam Pakatan Harapan ini, lanjutan dari kekalahan 3 kali berturut-turut dalam proses pilihanraya kecil, termasuk hilang kerusi sendiri di Semenyih.

Banyak yang diperkatakan bagaimana parti ini mampu menawan sokongan orang Melayu, menjaga kepentingan orang Melayu, menggantikan UMNO sebagai tunjang politik orang Melayu dan sebagainya, tapi dari bukti depan mata yang kita semua nampak, jauh panggang dari api.

Waima kalau Pakatan menang di Sandakan pun bulan depan, itu tetap tak mengubah hakikat bahawa parti ini gagal mendapat sokongan orang Melayu – bukan orang Melayu ada pun di Sandakan tu.

Yang buat dia nampak kuat tu ialah sebab wakil rakyat UMNO lompat masuk menyokong dia, ini tak lebih dari simulasi politik, bukan sokongan yang benar-benar asli pun.

Kalau dibiarkan lama-lama esok, percayalah, bukan saja sokongan Melayu kepada Pakatan akan bertambah kurang, sokongan kaum-kaum lain pun akan ikut hilang – macam di Rantau. Baguslah untuk BN dan PAS tapi kami pun mahu cabaran juga.

Maka tak hairan kita semua lihat, sudah ada suara-suara dalam Pakatan yang mahu perubahan kepimpinan berlaku seperti di Sabah baru-baru ini.

Sekalipun ada Menteri yang cuba menyembunyikan hakikat itu dengan mengaitkan cultural shock sebagai punca kalah, tapi ini cakap orang bodoh. Kalau betul cultural shock tak habis lagi, kenapa di Sg Kandis, Balakong dan Port Dickson boleh menang?

Tapi yelah, menang dengan cara menipu rakyat, apa nak dihairankan otak udang pun boleh jadi Menteri kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.