China guna AI kesan Uighur

Spread the love

Pihak berkuasa China menggunakan sistem pengecaman wajah besar-besaran untuk mengesan minoriti Muslim Uighur di seluruh dunia.

Perkara itu didedahkan dalam sebuah artikel yang dilaporkan oleh New York Times.

Menurut laporan berkenaan, teknologi pengecaman wajah itu yang dipasang pada kamera pemantauan telah diprogramkan untuk mengesan penduduk Uighur berdasarkan penampilan dan menyimpan rekod pergerakan mereka di seluruh negara.

Polis China didakwa menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk mengesan penduduk Uighur di luar wilayah Xinjiang, termasuklah bandar-bandar kaya seperti Hangzhou dan Wenzhou.

New York Times mendakwa sebuah bandar di China akan memeriksa sama ada penduduk berkenaan adalah Uighur atau tidak sebanyak 500,000 kali sebulan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.